Rabu, 26 Mac 2014

Apa Nak Jadi...

Lamanya tak menjengah ke blog ni. Mana tidaknya lupa password, dah try macam-macam password AKHIRNYA.....  Ini maknanya usia dah semakin meningkat, kotak memory pun dah hampir penuh agaknya dengan bermacam-macam benda. Samalah seperti memori komputer kalau dah padat sangat maka selalulah "hang". Otak saya pun sekarang ni tengah "hang" dengan berbagai macam perkara yang berlaku di persekitaran. Dahlah Laptop meragam, Tablet pun meragam. Apalah nak jadi.. hidup terasa amat membosankan tanpa kedua-duanya. Poket pun tengah kosong sekarang, nak hantar repair kena fikir 2 kali. Apalah malangnya dua-dua sekali meragam di saat kita memerlukannya.

Sekarang ni tengah kecoh/heboh dengan kejadian yang menimpa MH370, setiap hari kita ternanti-nanti akan perkembangan terkini mengenainya. Pelbagai spekulasi yang kita dengar namun semua itu hanyalah "SPEKULASI SEMATA-MATA" . Janganlah kita menambahkan lagi beban keluarga yang terbabit, begitu juga dengan pihak MAS dan Kerajaan Malaysia.  Pihak kerajaan/MAS telah melakukan yang terbaik dan kita sebagai rakyat MALAYSIA walau apa jua bangsa/agama seharusnya sentiasa berdoa agar segalanya dipermudahkan serta ditemukan segera.



Isnin, 20 Mei 2013

Crochet Project

Beberapa bulan lepas datang "DEMAM CROCHET". Pertama kali mengenal kait jarum satu semasa umur 12 tahun. Belajar dengan kakak sulung. Dah bekerja mula lagi mengait table centre & sarung kotak tisu. Sekarang ni belajar buat baby booties, pensel case & bag. Kiranya masih di peringkat elementarylah..... ni nak kongsi http://mirincondecrochet.wordpress.com untuk tutorial bergambar mengait table centre dan macam2 lagilah. Tadaa.... inilah projek yang dah siap.
 
 
Pensel Case
 
 
Coin purse
 
Baby Bootie pertama dpt disiapkan  untuk cucu.
 

Beg simpanan butang. 

Handphone case.
 

Projek terbaru, Granny Square untuk kawan sekerja.
Warna pilihan sendiri.
 

Pencil Case dibuat kawan sekerja.
Comel kan...
 
 

Ahad, 12 Mei 2013

Salam .... pertama kali belajar buat blog sangat sukar rasanya. Maklum saja lah bab IT-IT ni saya masih teraba-raba. Apa-apa pun salam perkenalan kepada yang sudi singgah & berkongsi apa-apa saja(oni-oni sija-eh) info, resepi, tutorial dll.