Lamanya tak menjengah ke blog ni. Mana tidaknya lupa password, dah try macam-macam password AKHIRNYA..... Ini maknanya usia dah semakin meningkat, kotak memory pun dah hampir penuh agaknya dengan bermacam-macam benda. Samalah seperti memori komputer kalau dah padat sangat maka selalulah "hang". Otak saya pun sekarang ni tengah "hang" dengan berbagai macam perkara yang berlaku di persekitaran. Dahlah Laptop meragam, Tablet pun meragam. Apalah nak jadi.. hidup terasa amat membosankan tanpa kedua-duanya. Poket pun tengah kosong sekarang, nak hantar repair kena fikir 2 kali. Apalah malangnya dua-dua sekali meragam di saat kita memerlukannya.
Sekarang ni tengah kecoh/heboh dengan kejadian yang menimpa MH370, setiap hari kita ternanti-nanti akan perkembangan terkini mengenainya. Pelbagai spekulasi yang kita dengar namun semua itu hanyalah "SPEKULASI SEMATA-MATA" . Janganlah kita menambahkan lagi beban keluarga yang terbabit, begitu juga dengan pihak MAS dan Kerajaan Malaysia. Pihak kerajaan/MAS telah melakukan yang terbaik dan kita sebagai rakyat MALAYSIA walau apa jua bangsa/agama seharusnya sentiasa berdoa agar segalanya dipermudahkan serta ditemukan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan